KUALA LUMPUR : Tiga kluster baharu berkaitan institusi pendidikan dilaporkan tercetus di Sabah.
Menurut Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun, kluster-kluster tersebut adalah Kluster Jalan Kiulu di Tuaran, Kluster Puri Seberang Keningau di Keningau dan Kluster Jalan Terusan di Lahad Datu.
"Bagi kluster institusi pendidikan yang baharu, Kluster Jalan Kiulu diisytiharkan di Tuaran, indeks kes adalah seorang pelajar SMK Tun Fuad, Kiulu yang berumur 14 tahun yang mula bergejala pada 17 Januari 2022.
"Indeks kes kemudiannya menjalani ujian RT PCR di klinik berdekatan dan didapati positif. Saringan Kontak Rapat kemudiannya dijalankan dan mendapati seramai 14 orang lagi positif.
"Punca jangkitan dan perebakan masih lagi dalam siasatan namun pihak JKNS membuat kesimpulan awal ia berpunca dari pergaulan dalam asrama," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Jelas beliau, kesemua pelajar yang terlibat berada dalam kategori satu dan dua telah diasingkan untuk mendapat rawatan.
Dalam pada itu, bagi Kluster Puri Seberang Keningau, seorang pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keningau 1 terlibat.
"Pelajar mula bergejala pada 20 Januari 2022 namun hanya memaklumkan kepada pihak sekolah pada Rabu 26 Januari 2022. Pihak sekolah kemudiannya menjalankan ujian kendiri ke atas beberapa orang pelajar dan 18 pelajar didapati positif.
"Susulan insiden berkenaan, ujian pengesanan RT PCR dijalankan dan mendapati 19 pelajar positif. Kesemua pelajar tersebut adalah dalam kategori satu dan dua," tambah beliau.
Manakala, Kluster Jalan Terusan yang dikesan di Lahad Datu melibatkan seorang pelajar di SMK Terusan yang mula bergejala pada 20 Januari lalu.
Ujian saringan yang dijalankan pada 23 Januari menunjukkan pelajar berkenaan positif COVID-19.
"Saringan kontak rapat telah dijalankan dan setakat ini 10 individu dikesan positif. Mereka yang terlibat berada dalam kategori satu dan dua," ujar Masidi.
Sementara itu, Sabah secara keseluruhannya hari ini mencatatkan trend peningkatan kes harian baharu dengan 342 kes dilaporkan berbanding semalam, 335 kes.
Sebanyak 336 kes daripada jumlah itu adalah berada dalam kategori satu dan dua, dua kes dalam kategori tiga, empat kes dalam kategori empat dan tiada kes dilaporkan dalam kategori lima.
"Jangkitan baharu pada jumlah yang agak tinggi di setiap daerah agak membimbangkan dengan enam daerah mencatatkan jumlah kes baharu yang tinggi.
"Kota Kinabalu (60 kes), (Sandakan 40 kes), Kota Marudu (34 kes), Beaufort (34 kes), Tuaran (33 kes) dan Putatan (24 kes)," katanya dalam kenyataan sama.
Nickyson Nyambar
Thu Jan 27 2022
Trend bagi kes jangkitan di Sabah menunjukkan peningkatan hari ini dengan 342 kes baharu dilaporkan berbanding 335 kes pada hari sebelumnya. -Gambar Fail
HMA 2024: Kisah banduan pertama di Malaysia jadi tarikan reruai Muzium Penjara
Sejarah kewujudan penjara moden dan kisah dua banduan pertama di Malaysia antara tarikan di reruai Muzium Penjara Malaysia sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa (HMA) 2024.
Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia perkenalkan projek "ASEAN Drive Tourism"
Kerajaan Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia untuk merangsang sektor pelancongan kedua-dua negara dengan memperkenalkan "Projek ASEAN Drive Tourism."
Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang
Abdul Salam berkata, adiknya memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
COVID-19: 29 kluster institusi pendidikan masih aktif di Sabah
Jumlah itu tidak termasuk satu kluster yang ditamatkan pada Jumaat iaitu Kluster Jalan Terusan.
COVID-19: Sabah catat kes tertinggi dikesan menerusi saringan bergejala
Jumlah tersebut adalah 51.22 peratus daripada 490 kes baharu yang direkodkan di negeri itu pada Selasa.
COVID-19: Pelajar kolej cetus kluster institusi pendidikan terbaru di Sabah
Sabah mencatatkan satu lagi kluster institusi pendidikan hari ini iaitu Kluster Lorong Api-Api dengan kes indeks melibatkan pelajar lelaki di Almacrest International College Kota Kinabalu.
COVID-19: 32 kluster baharu, 21 daripadanya kluster tempat kerja
21 kluster berkait tempat kerja, tujuh kluster komuniti dan masing-masing dua kluster melibatkan institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah KPM dan kluster kumpulan berisiko tinggi.
COVID-19: 12 lagi kluster dikenal pasti
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 12 lagi kluster baharu COVID-19 hari ini.